PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN ----- Penjagaan bentuk badan adalah faktor yang penting bagi kedua-dua jantina. Namun, ia adalah faktor yang paling penting bagi kaum wanita. Pada umumnya, bentuk badan yang abnormal adalah disebabkan oleh gaya hidup dan amalan-amalan yang tidak sihat. Disini, terdapat beberapa cara untuk mengekalkan bentuk badan yang sihat dan seimbang : 1) Jangan menahan lapar. 2) Jangan makan secara berlebihan. 3) Amalkan gaya pemakanan yang sihat. 4) Bersarapan. 5) Mengamalkan makan malam yang ringan. 6) Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari (AIR BIO-AURA) 7) Selalu bersenam. 8) Dapatkan masa rehat yang cukup. 9) Pakai PREMIUM BEAUTIFUL _________________________________________________________________________________________________________________

Friday, 2 March 2012

ULSER MULUT & PENYELESAIANNYA

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh.



Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bertutur.


Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya.

Ulser juga boleh timbul kerana kekurangan zat makanan, tekanan, kurang rehat atau tidur dan keadaan mulut yang kotor. Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut. Ulser mulut yang tidak serius kurang merasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh satu hingga dua minggu selepas mendapat rawatan.

Ulser boleh dirawat dengan meletakkan garam ke atas tompokan putih tadi. Awas! cara ini amat menyakitkan. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan rawatan dengan sejenis krim atau gel yang terdapat di kedai farmasi. 

Rasa sakit kerana ulser boleh juga diredakan berkumur-kumur dengan air garam suam atau ubat kumur antibakteria. Tetapi cara yang paling baik ialah dengan mengamalkan petua berikut: 
a.
Banyak minum air suam.
b.
Berehat dan tidur dengan cukup.
c.
Amalkan tabiat menjaga agar mulut dan gigi berada pada tahap kesihatan yang baik.
d.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pastikan anda mengambil cukup vitamin B12 dan vitamin c.
Jika ulser mulut anda tidak sembuh malah semakin merebak, anda mesti segera berjumpa dengan doktor gigi. Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda awal barah mulut.

Ini penyelesaiannya:  GARAM BULUH ISTIMEWA

Sapukan sedikit garam buluh pada ulser tersebut. Minumlah bancuhan garam buluh 3 kali sehari. InsyaAllah afiat.

No comments:

Post a Comment

KISAH BENAR TERHEBAT

KISAH BENAR TERHEBAT
Jiran saya seorang guru terlalu impikan seorang cahayamata setelah kali terakhir bersalin 10 tahun lalu. Empat hari sebelum Aidilfitri 2011, membeli girdle sahaja supaya nampak kurus. Tapi rezeki Allah terus bagi bonus. Pada hari ini 8 hb Januari 2012, doktor menyatakan dirinya insyaAllah bersalin pada Ogos nanti. Kami doakan kandungannya sihat sejahtera.