PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN ----- Penjagaan bentuk badan adalah faktor yang penting bagi kedua-dua jantina. Namun, ia adalah faktor yang paling penting bagi kaum wanita. Pada umumnya, bentuk badan yang abnormal adalah disebabkan oleh gaya hidup dan amalan-amalan yang tidak sihat. Disini, terdapat beberapa cara untuk mengekalkan bentuk badan yang sihat dan seimbang : 1) Jangan menahan lapar. 2) Jangan makan secara berlebihan. 3) Amalkan gaya pemakanan yang sihat. 4) Bersarapan. 5) Mengamalkan makan malam yang ringan. 6) Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari (AIR BIO-AURA) 7) Selalu bersenam. 8) Dapatkan masa rehat yang cukup. 9) Pakai PREMIUM BEAUTIFUL _________________________________________________________________________________________________________________

Friday, 16 March 2012

RAWATAN ALTERNATIF NO 1 DI MALAYSIA

   TIP KESIHATAN

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan mahupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran, antaranya adalah seperti......

                  1. Bersenam @ beriadah
                  2. Mengawal makanan

Tahukah anda mengawal minum secawan air teh 'O' setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Insyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanannya).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti :-

1.  Mandi pagi sebelum subuh @ sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang yang mengamal mandi pagi kebanyakkannya badan tak gemuk.

2.  Rasulullah S.A.W mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya, Insyaallah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

3.  Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa.) Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sanitis telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah dikepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud , makna darah akan mengalir keruang berkenaan.

4.  Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mempunyai ion (+) manakala dalam badan ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadilah tindakbalas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5.  Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli  saintis telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah-celah jari , iaitu 10 kali ganda terdapat air liur. (enzim sejenis pencerna makanan, tanpanya makanan tidak boleh hadam.)

TEKANAN DARAH TINGGI (HIPERTENSI). 
Fakta : Tinjauan Nasional & Morbiditi (1996)- Sun
Selasa 6hb Mac 2001
       ~  33% orang dewasa 
       ~  2.6 juta beumur 30 tahun
       ~  90% boleh dikawal dengan diet, makanan tambahan, mengubah gaya hidup.

Sebab; 
       ~  85 - 90% faktor keturunan
       ~  40% faktor ahli keluarga terdekat
       ~  23% garam berlebihan

BAGAIMANA TEKANAN DARAH TINGGI DITAKRIFKAN
KATEGORI SISTOLOK/DIASTOLIK PENGESYORAN

Normal  - kurang daripada 130/85. Periksa semula dalam masa 2 tahun.

Normal - tinggi 130-139 / 85-89. Periksa semula dalam masa 1 tahun : Ubah gaya pemakanan.

Hipertensi Peringkat 1 - 140-159 / 90-99. Sahkan dalam 2 bulan. Ubah gaya pemakanan.

Peringkat 2 - 160-179 / 100-109. Penilaian perubatan, mulakan rawatan dalam masa sebulan.

Peringkat 3 - 180-209 / 110- 119. Penilaian perubatan , mulakan rawatan dalam masa seminggu.

Peringkat 4 - 210 / 120 dan lebih. Penialaian perubatan dan rawatan segera.

GEJALA-GEJALA YANG BIASA
                 #  Mengalami pitam
                 #  Penglihatan kabur
                 #  Berasa tegang tanpa sebarang sebab (stress)
                 #  Muka menjadi kemerahan
                 #  Hidung berdarah secara spontan
                 #  Sakit kepala waktu pagi
                 #  Telinga berdengung/berdesing
                 #  Perasaan gundah tanpa sebarang sebab @ emosi tak stabil
                 #  Gayat tanpa sebab

TANDA AMARAN KRONIK
                     Serangan Iskemia Sementara (TIA)
         ~  'Strok kecil' yang datang sekejap sahaja dan buat sementara waktu mengurangkan bekalan darah
              kebahagian otak.
         ~  Dalam masa 5 tahun, 35% akan mengalami strok sebenar. 
         ~  Sebab ; Gumpalan kecil kesaluran arteri - separuh tersumbat - bekalan ke otak tidak mencukupi.
         ~  Kawal tekanan darah : 130-139/85-89 meningkatkan risiko strok 50%
         ~  Gejala ; lemah badan, rasa berdenyut, kebas tangan/ kaki sebelah/ kedua belah, masalah 
              percakapan/ penglihatan, kebingungan, vertigo, tidak seimbang, koordinasi kurang baik.

2 JENIS STROK ASAS
   'Strok trombik' (serangan jantung kedalam otak).
         ~  Saluran darah yang membekalkan darah ke otak menjadi sempit disebabkan oleh penimbunan plak
             berlemak (darah bergumpal didalam saluran darah)
         ~  Simpton : badan lemah, lumpuh, pertuturan terganggu, koma berpanjangan, 'strok berdarah'.
         ~  Pendarahan di otak akibat kepecahan anerisme
         ~  Tiub lemah - membonjol keluar - udara ditingkatkan - mengelembung - pecah
         ~  Simpton : darah tinggi, punca ke 3 kematian adalah strok selepas penyakit jantung dan kanser

AMALAN DIET
      1.  Elakkan garam - kreatifkan dengan menukar herba / rempah ratus
      2.  Jangan makan daging proses : Hot Dog, burger, bebola daging........
      3.  Jangan makan sayur dalam tin
      4.  Elakkan makanan bergoreng, kulit ayam, lemak daging, makanan sejuk.
      5.  Hadkan kafein : kopi, rokok.......
      6.  Jauhi bahan pengawet, pewarna dan perasa
      7.  Awas lemak tersembunyi : santan dalam kari, nasi lemak, roti canai.....

MAKANAN UNTUK DARAH TINGGI
       1.  Buah-buahan, sayuran, susu rendah lemak.
       2.  Diet , kurang daging merah, ayam tiada kulit. 
       3.  Kekacang soya, dal dan lain-lain.
       4.  Makanan tinggi Kalium : kacang soya, ikan, ubi kentang, pisang.
       5.  Kunyah daun saderi, banyakkan bawang putih / merah.
       6.  Makanan tinggi Kalium, ikan salmon, sayur hijau berdaun (brokoli, kobis....)
       7.  Cara masakan : rebus, kukus, panggang, sekali-sekali goreng.

PERUT PUNCA SEGALA PENYAKIT
Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa dibahagian perut? Awas! Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang berbahaya kepada anda. Seperti mana sabda Rasulullah SAW maksudnya :" Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan." (Riwayat ad-Dailami).

Al-Maidah dalam bahasa arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach, merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 PUNCA PENYEBAB PENYAKIT DARI PERUT

      1.  Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
      2.  Terlalu berlebihan semasa makan. 
      3.  Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
      4.  Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
      5.  Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
      6.  Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor.

Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari  dari segala penyakit yang berbentuk kronik atau sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW intu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan perubatan.

Sabda Rasulullah SAW, maksudnya , "Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat." (Riwayat Abu Hurairah).
      


No comments:

Post a Comment

KISAH BENAR TERHEBAT

KISAH BENAR TERHEBAT
Jiran saya seorang guru terlalu impikan seorang cahayamata setelah kali terakhir bersalin 10 tahun lalu. Empat hari sebelum Aidilfitri 2011, membeli girdle sahaja supaya nampak kurus. Tapi rezeki Allah terus bagi bonus. Pada hari ini 8 hb Januari 2012, doktor menyatakan dirinya insyaAllah bersalin pada Ogos nanti. Kami doakan kandungannya sihat sejahtera.