PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN ----- Penjagaan bentuk badan adalah faktor yang penting bagi kedua-dua jantina. Namun, ia adalah faktor yang paling penting bagi kaum wanita. Pada umumnya, bentuk badan yang abnormal adalah disebabkan oleh gaya hidup dan amalan-amalan yang tidak sihat. Disini, terdapat beberapa cara untuk mengekalkan bentuk badan yang sihat dan seimbang : 1) Jangan menahan lapar. 2) Jangan makan secara berlebihan. 3) Amalkan gaya pemakanan yang sihat. 4) Bersarapan. 5) Mengamalkan makan malam yang ringan. 6) Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari (AIR BIO-AURA) 7) Selalu bersenam. 8) Dapatkan masa rehat yang cukup. 9) Pakai PREMIUM BEAUTIFUL _________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, 25 March 2012

MENGENALI KULIT DAN PENUAAN

Kulit merupakan organ manusia yang terbesar, seberat kira-kira 3.6 kilogram secara purata dan meliputi kira-kira 2 meter persegi. Kulit terdiri daripada lapisan sel, saraf dan kelenjar yang bukan sahaja melindungi kita dari dunia luar, malah ia juga menghubungkan kita kepada tiga lapisan utama iaitu pelindung lapisan luar (epidermis), lapisan dalam yang tebal dan anjal (dermis) serta lapisan paling bawah kulit iaitu lapisan tisu lemak (lapisan subkutaneus). 


FUNGSI-FUNGSI KULIT

  • Bertindak sebagai perintang di antara persekitaran luar dan dalam badan iaitu sebagai pemisah.
  • Bertindak sebagai perlindungan - Lapisan epidermis merupakan  lapisan yang terdiri daripada lapisan sel kulit yang saling bertindih. Ia memberi perlindungan kepada tubuh manusia daripada panas, sejuk dan kemasukan bakteria.
  • Menyimpan lemak - Lapisan paling bawah kulit iaitu lapisan tisu lemak merupakan lapisan yang kaya dengan lemak. Ia juga merupakan penebat haba.
  • Mengesan ransangan luar - Lapisan dermis mempunyai banyak saraf yang membolehkan kulit peka terhadap perubahan persekitaran.
  • Saraf-saraf ini boleh mengesan pelbagai ransangan seperti tekanan, suhu, sentuhan dan sebagainya.
  • Menjalankan sintesis vitamin D - Apabila lapisan kulit terdedah kepada sinaran ultraungu, sinaran ultraungu ini akan diserap oleh kulit dan seterusnya menukarkannya kepada vitamin D.
      Semua orang terutamanya kaum wanita pasti sering mendengar "penuaan". Sebenarnya apakah itu penuaan? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan terjadinya penuaan? Apakah yang kita dapat lakukan untuk melindungi kulit agar ia tidak berlaku kepada diri kita?


     Sebenarnya, penuaan adalah satu makanisme kerosakan dan pembaikan dalam badan di mana sistem tersebut berlaku secara bergantian pada kelajuan dan masa yang berbeza-beza. Usia adalah faktor terbesar terhadap perubahan kulit wajah. Apabila usia bertambah, wajah juga mula berubah. Penuaan akan menyebabkan kulit menjadi kering, kendur, berkedut dan berbintik-bintik. In disebabkan oleh pelbagai faktor, sama ada faktor dalaman mahupun luaran.


APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENUAAN?
Faktor-faktor dalaman
       Faktor-faktor dalaman kebanyakkannya dipengaruhi oleh usia dan genetik. Penuaan yang  disebabkan oleh faktor akan dialami oleh semua orang tanpa mengira sama ada cepat atau lambat. Ia adalah satu proses penuaan semulajadi yang merupakan proses berterusan yang biasanya bermula pada pertengahan 20-an. Ia akan menyebabkan sel kulit mati tidak dapat dihapuskan dengan cepat serta melambatkan pengeluaran kolagen dan pembentukan sel-sel kulit baru.


   Antara tanda-tanda penuaan adalah seperti:

  • Garis halus dan kedut.
  • Kulit yang kering dan semakin menipis.
  • Rambut gugur dan uban yang semakin memutih.
  • Plat kuku menipis.
  • Kehilangan lemak menyebabkan tangan dan leher kurang anjal.
  • Kerapuhan tulang menyebabkan tulang mengecut dan seterusnya mengakibatkan kulit kendur.
Faktor-faktor luaran

  • Sinaran matahari - Tanpa perlindungan terhadap sinaran matahari, pendedahan selama beberap minit setiap hari, lama kelamaan akan menyebabkan perubahan yang ketara ke atas kulit malah boleh menyebabkan kanser kulit.
  • Ekspresi muka - Pergerakan wajah yang berulang-ulang akan menyebabkan wujudnya garis  halus dan kedut. Setiap kali kita menggunakan otot muka, garisan akan muncul pada wajah. Apabila kulit mengalami penuaan dan kehilangan keanjalannya, garis-garis ini akan kekal pada wajah dan seterusnya menjadi kedut  dan garis halus.
  • Tabiat merokok - Ia menyebabkan perubahan biokimia dalam badan yang akan mempercepatkan proses penuaan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang merokok melebihi 10 batang rokok setiap hari bagi tempoh minimum 10 tahun lebih cenderung untuk mempunyai kulit yang berkedut dan kasar berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
  • Pengambilan alkohol - Ia akan mengembangkan saluran darah kecil di dalam kulit dan meningkatkan aliran darah berhampiran permukaan kulit. Lama-kelamaan, saluran darah ini akan rosak dan wujud dipermukaan kulit.
  • Lapisan ozon yang semakin nipis - Ia mengakibatkan kulit terdedah secara terus kepada sinaran UVA dan UVB. Sinaran UVA akan menyebabkan bintik hitam dan kedut manakala sinaran UVB akan menyebabkan kulit terbakar.
Apakah yang dapat kita lakukan untuk melindungi kulit agar tanda penuaan tidak berlaku pada diri kita?

  • Penggunaan kosmetik - Ia akan menyebabkan pori-pori tersumbat dan seterusnya menjejaskan kulit anda.
  • Graviti - Perubahan yang disebabkan oleh graviti menjadi lebih ketara apabila semakin tua. Dalam usia 50-an, keanjalan kulit merosot secara mendadak, kesan graviti ke atas kulit juga semakin ketara.
  • Graviti akan menyebabkan telinga memanjang, kelopak mata jatuh dan leher/dagu kendur.
  • Posisi tidur - Kebiasaan tidur seseorang dengan menghadap ke kiri / ke kanan atau meniarap akan menyebabkan kulit mengecut. Posisi meniarap akan menyebabkan wajah semakin tertarik ke bawah.
  • Kedut akan kelihatan di pipi dan dagu bagi kaum wanita yang lebih cenderung untuk tidur menghadap ke kiri / kanan. Bagi kaum lelaki pula, kedut akan kelihatan pada dahi kerana mereka biasa tidur dengan muka menghadap ke bawah di atas bantal.
  • Pendedahan kepada cuaca sejuk - Angin sejuk dan suhu yang rendah akan mengakibatkan kulit yang kering dan seterusnya mempercepatkan proses penuaan.
  • Rehat dan senaman yang tidak mencukupi - Tubuh manusia memerlukan masa rehat yang mencukupi agar proses pembentukan sel-sel baru dapat dijalankan dengan sempurna. Selain itu, senaman yang mencukupi membantu melancarkan  peredaran darah dan ia adalah penting untuk mencegah penuaan.

No comments:

Post a Comment

KISAH BENAR TERHEBAT

KISAH BENAR TERHEBAT
Jiran saya seorang guru terlalu impikan seorang cahayamata setelah kali terakhir bersalin 10 tahun lalu. Empat hari sebelum Aidilfitri 2011, membeli girdle sahaja supaya nampak kurus. Tapi rezeki Allah terus bagi bonus. Pada hari ini 8 hb Januari 2012, doktor menyatakan dirinya insyaAllah bersalin pada Ogos nanti. Kami doakan kandungannya sihat sejahtera.