PREMIUM BEAUTIFUL

PREMIUM BEAUTIFUL
PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN ----- Penjagaan bentuk badan adalah faktor yang penting bagi kedua-dua jantina. Namun, ia adalah faktor yang paling penting bagi kaum wanita. Pada umumnya, bentuk badan yang abnormal adalah disebabkan oleh gaya hidup dan amalan-amalan yang tidak sihat. Disini, terdapat beberapa cara untuk mengekalkan bentuk badan yang sihat dan seimbang : 1) Jangan menahan lapar. 2) Jangan makan secara berlebihan. 3) Amalkan gaya pemakanan yang sihat. 4) Bersarapan. 5) Mengamalkan makan malam yang ringan. 6) Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari (AIR BIO-AURA) 7) Selalu bersenam. 8) Dapatkan masa rehat yang cukup. 9) Pakai PREMIUM BEAUTIFUL _________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, 24 June 2012

Bagaimana Untuk Kekal SIHAT?

Kesihatan adalah nikmat yang tidak ternilai. Malangnya , anugerah ini sering tidak dihargai sehinggalah nikmat tersebut sudah tiada lagi. Ramai yang sudah mengetahui tips kesihatan dan panduan gaya hidup sihat. Namun, tidak ramai yang mampu mengamalkannya kerana ia menuntut pengorbanan yang besar.


Amalan hidup sihat berkisar tentang dua kunci utama iaitu gaya hidup dan pemakanan. Maknanya, sekiranya kita ingin sihat dan kekal sihat, kita perlu memberi perhatian kepada kedua-dua aspek ini.


Pada kesempatan ini, mari kita pertimbangkan panduan tersebut supaya nasihat yang sudah diketahui itu dijadikan lebih mudah untuk diamalkan.


1.Bersenam setiap hari.
  Fizikal yang sentiasa cergas dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik, membantu keseimbangan dan koordinasi tubuh serta mengurangkan berat badan.
  Tips bersenam secara berdisiplin:
       ~ Bersenam selama 30 minit sehari atau sekurang-kurangnya         
          150 minit bersenamrobik sederhana ataupun 75 minit ber
          senamrobik rancak dalam seminggu.
       ~ Berjalan pantas adalah senaman paling mudah untuk di
          amalkan.
       ~Banyakkan berjalan dalam rutin kehidupan sebaik-baiknya
         10,000 langkah sehari.
       ~ Lakukan pergerakan ringan seperti membasuh pinggan
          mangkuk, menggosok pakaian ataupun mengangkat jemuran
          selepas selesai makan.
       ~ Sesekali lakukan kerja rumah tanpa menggunakn mesin.


2.Tingkatkan sistem penghadaman.
  Sistem penghadaman yang kurang baik menyebabkan khasiat makanan tidak dapat diserap untuk dimanfaatkan oleh sistem badan. Tanda sistem penghadaman yang kurang baik adalah seperti tekstur kulit kasar, alahan kulit, sembelit, air bertakung dalam badan, sakit kepala, kurang daya tumpuan, kemurungan dan perut kembung.
   Tips untuk melancarkan sistem penghadaman:
        ~ Mengambil Nurich Lacto-Lite yang kaya dengan probiotik
           dan inulin setiap hari.
        ~ Mengambil makanan kaya serat dan buah-buahan seperti
           oat, brokoli, prun, kekacang dan betik.
3.Selaraskan pH tubuh.
   Tubuh yang sihat adalah bersifat alkali lemah iaitu sekitar pH 7.35 - 7.45.
  Tips untuk mendapatkan pH badan yang sihat:
        ~  Mengambil bahan organik yang kaya dengan mineral dan
            bersifat alkali seperti Hai-O Garam Buluh Premier Drink 
           dan Hai-O Garam Buluh Premier Coolking Salt Powder.


4. Banyakkan meminum air.
  Fungsi air adalah untuk menyelaraskan suhu badan, menghantar khasiat kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, menyingkirkan bahan buangan serta melindungi sendi dan organ.
  Tips tentang pemilihan air minuman:
      ~Minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air 
       Bio-Aura yang bersifat alkali, kaya dengan mineral dan
       bertenaga.
     ~ Kurangkan pengambilan air yang tinggi kandungan gula,
        pewarna dan berkarbonat.


5. Pengurusan stres.
  Gaya hidup yang serba sibuk dengan pelbagai tuntutan dan keperluan menjadikan stres begitu sinonim dengan kehidupan sekarang.
 Tips pengurusan stres:
 ~  Senyum selalu.
 ~  Tarik nafas dalam-dalam sekerap mungkin.
 ~  Lakukan aktiviti berfaedah supaya tidak terlalu memikirkan
     stres seperti mendengar lagu kegemaran, bersembang-sembang
     dan melawat tempat yang belum pernah dikunjungi.
 ~  Kawal minda supaya tidak terlalu emosi akibat stres.
  
6. Tabiat makan yang baik.
   Tabiat makan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang sepertimana pepatah Inggeris yang berbunyi  "We are what we eat". Amalkan cara makan yang sihat seperti makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang dan mulakan dengan buah-buahan sebelum makan makanan berat.
 Tips amalan pemakanan yang sihat:
 ~  Patuhi piramid makanan untuk pemakanan yang seimbang.
 ~  Pelbagaikan variasi makanan harian supaya mendapat khasiat
     yang lebih lengkap.
 ~  Sebaik-baiknya pilihlah makanan organik dan makanan segar 
     seperti buah-buahan dan sayur-sayuran serta perbanyakkan 
     pengambilan makanan berseat.
 ~  Kunyah makanan perlahan-lahan dan jangan makan sambil
     minum air.
~  Makanlah makanan yang bersih dan suci. Penggunaan BIOzone
    Food Purifier dapat menulenkan makanan daripada bahan
    pencemar.


7. Jaga jadual tidur.
  Tidur yang cukup adlah penting untuk pemulihan kesihatan dan mood seseorang.
 Tips untuk mendapatkan tidur yang berkualiti:
 ~  Patuhi jadual tidur dengan tidur sekurang-kurangnya 7 - 8 
     jam sehari.
 ~  Tidurlah dengan perasaan positif dan bangun dengan perasaan
     lapang dan bersyukur.
 ~  Jangan minum minuman yang membuatkan anda sukar tidur
     atau makan terlalu kenyang.


8. Hubungan intim suami isteri. 
 Hubungan suami isteri yang intim dan mesra bukan sahaja penting untuk kerukunan rumahtangga, bahkan juga baik untuk kesihatan seseorang.
 Tips untuk memupuk keluarga bahagia:
 ~  Hormati dan hargai pasangan.
 ~  Berkomunikasilah secara hormat, mesra dan menghiburkan.
 ~  Selalu mendoakan kesejahteraan pasangan dan juga    kebahagiaan rumahtangga.
 ~  Menjaga penampilan diri dan kesihatan dengan mengambil
     makanan berkhasiat seperti Hai-O Kacimah, Eury Jack dan
     Herba Maharani.


Kesimpulannya, kesihatan dan kebahagiaan adalah saling berkait. Mereka yang bahagia biasanya sihat dan kelihatan gembira. Mereka yang benar-benar sihat pula kelihatan berseri dan bahagia. Kesihatan dan kebahagian adalah nikmat yang tidak ternilai serta menuntut pengorbanan dan disiplin diri yang tinggi. Nikmat kedua-dua anugerah tersebut boleh dikecapi dengan berbekalkan minda dan sikap yang positif.



No comments:

Post a Comment

KISAH BENAR TERHEBAT

KISAH BENAR TERHEBAT
Jiran saya seorang guru terlalu impikan seorang cahayamata setelah kali terakhir bersalin 10 tahun lalu. Empat hari sebelum Aidilfitri 2011, membeli girdle sahaja supaya nampak kurus. Tapi rezeki Allah terus bagi bonus. Pada hari ini 8 hb Januari 2012, doktor menyatakan dirinya insyaAllah bersalin pada Ogos nanti. Kami doakan kandungannya sihat sejahtera.